PART I 20 Mei 2020: Tiga bulan telah berlalu setelah dia menikahi orang lain, hatiku pada dia semakin lama semakin hilang. Kepercayaan, sayang, kejujuran semua hanyalah sementara. Kadang-kadang aku merasa hairan kenapa diperlakukan sebegini. Adakah aku silap membuat keputusan atau sekadar mencuri masa dengan menangguhkan kehendak perlakuanku. Aku juga tertanya-tanya adakah dia yang terawal, terakhir dan selamanya bagiku atau sesuatu yang hanya sekadar singgah dalam hidupku? Aku menahan sedih dan sebak ketika teringat kenangan bersama. Aku berhenti kerja dan tinggal di rumah ibubapa ku. Aku tak dapat melakukan apa-apa kerana aku rasa kehilangan dan arah tuju. Setiap hari, aku hanya makan, tidur dan menahan kesakitan. Berat rasanya nak melupakan sesuatu yang aku bina atas sebab dia. Akan tetapi setiap kali aku menangis, setiap memoriku bersamanya akan hilang sedikit demi sedikit. Ya, hatiku dah mula tawar dan cintaku padanya suda...