Langkau ke kandungan utama

As The Will Of The Future (Part 1)

    PART I


    20 Mei 2020: Tiga bulan telah berlalu setelah dia menikahi orang lain, hatiku pada dia semakin lama semakin hilang. Kepercayaan, sayang, kejujuran semua hanyalah sementara. Kadang-kadang aku merasa hairan kenapa diperlakukan sebegini. Adakah aku silap membuat keputusan atau sekadar mencuri masa dengan menangguhkan kehendak perlakuanku. Aku juga tertanya-tanya adakah dia yang terawal, terakhir dan selamanya bagiku atau sesuatu yang hanya sekadar singgah dalam hidupku? 

    Aku menahan sedih dan sebak ketika teringat kenangan bersama. Aku berhenti kerja dan tinggal di rumah ibubapa ku. Aku tak dapat melakukan apa-apa kerana aku rasa kehilangan dan arah tuju. Setiap hari, aku hanya makan, tidur dan menahan kesakitan. Berat rasanya nak melupakan sesuatu yang aku bina atas sebab dia. Akan tetapi setiap kali aku menangis, setiap memoriku bersamanya akan hilang sedikit demi sedikit. Ya, hatiku dah mula tawar dan cintaku padanya sudah makin pudar. Agaknya aku sudah boleh meneruskan kehidupanku seperti biasa. Hatiku dan fikiranku sudah mula kosong dari mengingatinya.

    Pagi seperti hari-hari sebelumnya, tetapi semalam aku mula mengangis dan hatiku sudah tutup dan tidak akan fikir akan dia lagi. Ini kali yang terakhir aku melupakannya dan tidak akan mengambil tahu langsung keberadaannya. Waktu pagi yang dingin pada pukul 6 pagi, aku terus menyelimut tubuhku yang sejuk.

    Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbitku, lagu yang mula-mulanya samar dan lama kelamaan menjadi semakin kuat. Aku tercari-cari telefon bimbitku dalam kegelapan. Meraba-raba di setiap penjuru katil dan meja berdekatan. Tetapi tidak dijumpai. Kebiasaan telefon akan berhenti berbunyi pada suatu masa jika kita tidak mengangkatnya. Akan tetapi telefon ini berdering tanpa henti. Aku merasakan ini mungkin loceng jam di telefonku tapi aku tidak pernah menetapkan sebarang loceng. Aku mulai rimas dan terus bangun membuka lampu mencarinya.

    Akhirnya, aku temui di bawah katilku di sudut kiri kaki katil. Aku terus mengambilnya dan ingin menutup telefon yang aku sangka hanya jam loceng. Kelihatan nombor telefon yang aneh dan tidak pernah aku melihatnya. '1316#' nombor yang diakhiri dengan 'Hashtag'. Aku sangka ini mungkin dari syarikat telekomunikasi. Aku terus menekan panggilan batal dan terus baring di katil sambil memegang telefon bimbitku. 

    Selang beberapa minit kemudian, telefonku berdering kembali tetapi dengan bunyi yang berlainan. Aku rasa telefonku mungkin sudah rosak dan ia suka-suka membuat tetapan sendiri tanpa aku mengawalnya. Nombor yang sama timbul tetapi diakhiri dengan nombor yang lain iaitu '505'. SOS? Panggilan darurat? Dari siapa? Aku mula terfikir mungkin ada sesuatu yang terjadi yang melibatkan aku. '1316' nombor yang pernah aku lihat sebelum ini tapi aku lupa.

    Aku masih teragak-agak untuk menekan terima panggilan. Tanpa berfikir panjang, aku terus menekan terima panggilan dan aku meletakkan telefonku ditelinga. Terdengar satu suara perempuan yang sangat jauh lama-kelamaan menjadi dekat. Dia memanggil namaku "Rafzal..... Rafzal dengar ke? Dimana kau sekarang?". Suara yang pernah aku dengar tapi aku lupa siapa. Aku terus menjawab " Ya, Rafzal disini. Ini siapa? Saya kenal ke?". Aku terdengar dia suaranya menagis teresak-esak. " Raf, Ini saya Yuka, Yuka Mori. Akhirnya sampai juga. Lega rasanya kamu masih baik dan tidak ada apa-apa". Yuka? siapa dia? Aku terdiam sebentar dan memikirkan waktu-waktu lamaku. Adakah aku pernah berjumpa dengan dia? pernah becakap dengan dia? tetapi dia tahu namaku cuma tidak tahu di mana keberadaanku. Dia bertanya lagi, "Raf ada dimana sekarang? ini kecemasan! cepat! ada hal mustahak perlu saya terangkan pada kau". Aku masih terdiam dan mula berfikir untuk menyusun ayat untuk bertanyakan tetang dia. 

    "Siapa ni? Daripada mana? Adakah saya mengenal kamu? Bagaimana kamu mengetahui namaku? Adakah kita mempunyai kaitan?" kataku pada Yuka. Dia membalas, "Kita tiada masa untuk sesi kenal semula, cepat buka berita dan tengok apa yang terjadi sekarang? selepas itu terus telefon saya di nombor ini." Lalu telefon ditutup. Aku segera keluar bilik dan terus turun ke ruang tamu untuk membuka TV. Ibu Bapaku terkejut melihatku bergegas ke ruang tamu untuk membuka TV. 

    Setelah itu, di dalam siaran TV aku terlihat satu kawasan di Menara KLCC, Malaysia betul-betul di hadapan pintu besar. Terlihat satu susuk tubuh yang tegap dan gelap. Warna rambut keemasan. Terapung sambil memejamkan matanya. Polis menegilinginya akan tetapi tidak dapat menghampiri makhhluk itu kerana aura kegelapan yang kuat menjadi pendindingnya. Ketika di zoom, aku dapat melihat mukanya, sebelah bertopeng dan sebelahnya berwajah manusia. Aku terkejut, wajahnya adalah seperti diriku. Siapakan dia? Apa yang terjadi sebenarnya? 

Bersambung...  




    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Saat Yang Tak Dapat Dilupakan Dalam Hidup Saya

Kelahiran. Anda tidak akan berada di sini tanpa itu      Kelahiran di dunia adalah satu anugerah atau pemberian tidak terhingga. Kehidupan di dunia adalah sebab untuk jadi hamba kepadanya dan mendapatkan keredhaannya. Kelahiran di dunia merupakan satu moment yang sangat terindah. Kita dipertemukan oleh ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan, saudara-mara serta orang sekeliling kita yang dikenali ataupun tidak. Dalam kehidupan kita menempuh segala suka dan duka serta ujian diberikan kepada kita untuk meneruskan hidup supaya diberkati. Aku dilahirkan di sebuah negara yang aman dan diberkati. Kuala Lumpur, tanah Malaysia tumpahnya darahku. Di sebuah hospital yang biasa didengar oleh netizen yang berada di Kuala Lumpur iaitu Hospital Besar Kuala Lumpur. Tanggal 18 Ogos 1993 tarikh aku dilahirkan dan aku merupakan anak sulung kepada adik beradikku. Dari situ titik permulaan kehidupan aku sebagai seorang manusia berjuang untuk hidup. Kelahiran, engkau tidak akan menciptakan sebuah memori jika

[005] RVIU Ram Wa-Style (Kimono) Ver. Figure by SEGA #Figure #Ram

[1] RVIU Yukino Yukinoshita Figure by Coreful:TAITO Nekomimi Seifuku Ver...