Langkau ke kandungan utama

Saat Yang Tak Dapat Dilupakan Dalam Hidup Saya

Kelahiran. Anda tidak akan berada di sini tanpa itu

    Kelahiran di dunia adalah satu anugerah atau pemberian tidak terhingga. Kehidupan di dunia adalah sebab untuk jadi hamba kepadanya dan mendapatkan keredhaannya. Kelahiran di dunia merupakan satu moment yang sangat terindah. Kita dipertemukan oleh ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan, saudara-mara serta orang sekeliling kita yang dikenali ataupun tidak. Dalam kehidupan kita menempuh segala suka dan duka serta ujian diberikan kepada kita untuk meneruskan hidup supaya diberkati. Aku dilahirkan di sebuah negara yang aman dan diberkati. Kuala Lumpur, tanah Malaysia tumpahnya darahku. Di sebuah hospital yang biasa didengar oleh netizen yang berada di Kuala Lumpur iaitu Hospital Besar Kuala Lumpur. Tanggal 18 Ogos 1993 tarikh aku dilahirkan dan aku merupakan anak sulung kepada adik beradikku. Dari situ titik permulaan kehidupan aku sebagai seorang manusia berjuang untuk hidup. Kelahiran, engkau tidak akan menciptakan sebuah memori jikalau engkau tidak ada di dunia.


Lahir untuk hidup
Lahir untuk Hidup


 Memori Hari Jadi

    Hadiah hari jadi merupakan satu moment yang dinantikan oleh segelintir mahupun kesemua orang yang ada di muka bumi. Rasa di hargai oleh pemberian yang diberikan oleh orang yang kita kenal atau pun tidak. Hadiah walaupun cuma sebuah ucapan ‘Selamat Hari Jadi’ cukup menjadi sebuah moment yang sangat indah kerana kita di ingati. Aku kadang-kadang dapat ucapan daripada Facebook dari orang yang dikenali atau pun tidak sudah buat cukup aku gembira dan seronok. Aku kadang-kadang mengharapkan sesuatu hadiah dari ibu bapa tetapi hadiah yang diberi bukan dari apa yang aku impikan. Itu bukan kekecewaan bagiku kerana setiap hari mereka ingat, jaga, sayang dan mengambil berat dengan sepenuh hati setiap hari merupakan hadiah yang tak dapat aku beri. Walaupun sekarang aku sudah bekerja, hadiah yang aku berikan pada ibu bapaku belum cukup dan digantikan oleh apa yang diberikan oleh mereka. I love you mom and dad. Terima kasih buat segalanya.

 

Selamat Hari Jadi


Pengalaman Pertama dalam Alam Persekolahan

    Hari pertamaku sekolah iaitu di Sekolah Rendah Agama Integrasi Sekysen 19, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Hari pertama aku sekolah dihantar oleh ayahku dengan motor pukul 6.30 pagi. Ayahku mengahantar awal kerana dia pergi ke kerja di Kuala Lumpur yang jaraknya melebihi 30 KM setiap hari. Terima kasih abah. Hari pertama sekolahku memang sangat memalukan, biarkan ia sebuah rahsia. Tapi aku masih ingat aku tersalah dengar bahawa mak aku nak ambil aku balik awal. Jadi aku beritahu guru ku untuk memimpin aku keluar dan kami berjalan sekurang-kurangnya 300 Meter dari sekolahku untuk mencari ibuku tapi tak nampak langsung kelibat. Aku menangis sampai habis persekolahan.

 

Sekolah bermulanya pendidikan kita selepas di rumah


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

    Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan bagi umat islam seluruh dunia. Perayaan itu selepas 30 hari berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan. Hari yang menjadi moment terindah adalah pada waktu kecil sekolah rendah. Sepupuku umur sebaya dan banyak perkara yang kami lakukan merupakan suatu memori yang sangat indah. Kami bermain bersama-sama walaupun tiada rasa lelah atau penat. Kerana kawan di waktu kecil adalah kawan yang banyak waktu diluangkan bersama. Bila sudah semakin dewasa, moment ini tak sama seperti dahulu kerana semua sudah besar dan melakukan hal masing-masing. Hanya bertegur formal sahaja. Waktu kecil merupakan moment raya yang sangat diingati kerana aku bermain tanpa ada rasa risau dan tidak memikirkan benda lain.



Berbasikal kali pertama dan akhirnya anda berjaya menunggang basikal tanpa

roda latihan

Aku merupakan penunggang yang tegar pada waktu kecilku. Aku dibelikan basikal BMX sebagai basikal pertamaku. Keluar berasama-sama kawan dan ke rumah mereka. Tetapi malangnya, basikal yang paling aku sayang hilang di sekolah kerana aku tak menguncinya. Basikal itu baru sahaja dibaiki. Aku betul-betul kecewa dan memberi kesan sangat mendalam.


Berbasikal boleh mengurangkan stress


Mendapat Lesen Motor

    Mendapatkan lesen anda. Setelah berpeluh melalui pelbagai ujian memandu dan memandu di sekitar bandar selama lima minit. Akhirnya, aku peroleh lesen yang membolehkan aku bawa motor ke sana ke sini. Dan aku mendapat motor pertama aku, merupakan satu moment tak boleh dilupakan. Aku tersenyum tanpa henti dan boleh dikatakan setiap hari aku bawa moto berjalan-jalan di kawasan rumaku.


Lesen pertamaku, lesen motor

Bercinta dan dicampakkan. Cinta sejati pertama anda. Jadi itulah yang sepatutnya dirasakan.

    Cinta merupakan satu memori yang sangat indah. Bila kali pertama, rasa bagaikan satu dunia milikku. Setiap hari membalas mesej dan panggilan walaupun bukan benda mustahak kerana mendengar suaranya saja sudah cukup buatku bahgia tak terkata. Dengan bercinta aku dapat tetapkan impian aku iaitu ingin menjadikan dia suri hatiku buat selamanya. Dengan impian itu, aku berusaha bersungguh-sungguh dalam kehidupan aku. Aku sambung pengajian hingga ke Universiti dan mendapat keputusan agak cemerlang kerana aku memikirkan hanya impian perlu aku capai. Dan target ku untuk mencapainya dua tahun selepas aku mendapat kerja tetapku. 

    Tetapi tak semua kita rancang akan berhasil sebab kita hanyalah merancang bukan yang menentukan. Semua perkara ada hikmah disebaliknya. Ditinggalkan saat akhir semester kuliahku, rasa sedih dan perit tidak dapat digambarkan. Dari situ, kehidupan aku berubah dan pembelajaran aku mula merosot kerana impian yang aku harapkan sudah musnah. Tiada tujuan dan aku bertahan selama setahun untuk betul-betul melupakannya tapi tak dapat kerana memori itu sudah terpahat di kepala. Hanya redha dan tawakal kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Kita merancang sesuatu bukan kita yang menentukan ia jadi atau tidak. Bukan mudah untuk melupakan sesuatu yang kita betul-betul mencintai. Jangan putus asa, selagi diri masih hidup teruskan perjuangan.

Hidup saling melengkapi


Pekerjaan pertama dan gaji pertama. Ya, ia berharga RM640 selepas tolak KWSP, tetapi anda berjaya

    Pekerjaan selepas tamat persekolah, merupakan perkara yang dinantikan oleh pelajar-pelajar. Pekerjaan aku sebagai store keeper di Carrefour Putrajaya pada tahun 2011 merupakan pekerjaan yang pertama dan ia merupakan moment terindah. Dan gaji pertama walaupun tak banyak tapi sudah buatku sangat seronok kerana ia merupakan satu hadiah daripada titik peluh selama sebulan. Gaji pertama aku gunakan dengan membelanja keluarga aku makan. Tabiat ku bila mendapatkan sesuatu, aku fikir hanyalah kongsi dengan orang lain. Dari kerja, kita dapat banyak pengalaman yang tak terhingga kerana pengalaman merupakan emas dalam kehidupan. Emas yang tak boleh didapatkan dengan cepat tetapi mengambil masa dan ia merupakan pengalaman dalam sesebuah kehidupan.

 

Pekerjaan sebuah pengalaman

Lulus dalam pembelajaran

    Dapat ijazah dan diploma merupakan suatu moment terindah buat hidup aku. Usaha dalam hidup, belajar, mencari pengalaman, berkenalan dengan rakan-rakan, kerjasama, berani membuat keputusan dan belajar untuk mencapai suatu target untuk masa depan.

    Pengetahuan bahawa, entah bagaimana, entah di mana, dan yang terbaik, masih belum ada. Bertahan dan jangan menyerah dalam hidup anda, kerana ada sesuatu yang menanti anda di masa hadapan. Cuba capai impian anda dan jadikan ia tidak dapat dilupakan. Capai selagi ada waktu, jangan sekali menyerah hidup anda kepada nasib. Selagi ada usaha, kita boleh ubah sesuatu yang mustahil.


Jangan menyerah selagi belum berjaya


Melihat Foto Lama Bersama Keluarga
    Adakah anda tahu melihat foto lama dengan keluarga adalah saat terbaik? Pada masa itu,
setiap orang saling berdekatan dan kadang-kadang merasa nostalgia. Inilah masanya anda 
tertawa terbahak-bahak melihat gambar anda yang lain dan lain-lain. Semua kenangan 
baru masuk dari anda.

 

Berkongsi gambar sesama ahli keluarga


Hari Terakhir Pekerjaan Pertama anda
    Anda telah mengundurkan diri dan pada hari terakhir pekerjaan anda semasa rakan 
sekerja memberikan perpisahan. Perpisahan itu menjadi kenangan apabila anda 
mengetahui betapa pentingnya anda bagi mereka. Dan hadiah yang anda terima 
menjadi tidak ternilai harganya.

 

Proses perubahan ke pengalaman kerja yang baru

Menjaga Seluruh Malam hanya Berbual
    Adakah anda pernah terjaga dan berbual dengan rakan anda, bercakap tentang perkara-
perkara tidak masuk akal sepanjang malam? Sekiranya ya, maka saya pasti ini adalah saat
terbaik dalam hidup anda kerana inilah masanya anda ketawa, menggoda, menangis 
dan bersenang-senang.

 

 Panggilan

 

    Tujuan saya menulis blog ini kerana ada seorang sahabat komen di video Yotube saya, dia mahu saya naikkan video mengenai 'saat yang tak dapat dilupakan'. Maaf kerana tak dapat buat video kerana saya masih mencari idea. Teks sudah ada tapi idea untuk video masih tercari-cari. Jadi ada sesiapa boleh tolong, jasa anda amat saya hargai. Kongsikan dengan saya dan komen.


Terima Kasih

Afiq Fuad 7/6/2020

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[005] RVIU Ram Wa-Style (Kimono) Ver. Figure by SEGA #Figure #Ram

[1] RVIU Yukino Yukinoshita Figure by Coreful:TAITO Nekomimi Seifuku Ver...